Mangsa banjir mungkin pindah ke PPS beberapa kali sehingga Mac

[ad_1]


SETIU, 13 Dis (Bernama) — Mangsa banjir di Terengganu berkemungkinan akan berhadapan dengan beberapa kali lagi perpindahan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga Mac depan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata ini berikutan Terengganu berkemungkinan akan menghadapi beberapa siri banjir berdasarkan ramalan cuaca yang menjangkakan hujan lebat dan pertembungan air pasang yang berterusan secara berkala.

“Kalau kita ikutkan rujukan Jabatan Metereologi Malaysia ada memaklumkan bahawa bermula penghujung Oktober lalu sehingga Mac depan dijangkakan berlakunya empat hingga enam episod hujan lebat secara berkala dan bukannya secara berterusan yang mana menyebabkan banjir beberapa kali di setiap kawasan.
…..

 

[ad_2]