TAWAU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong (gambar) mengingatkan mangsa kebakaran Kampung Titingan, yang berlaku pada 7 Dis lepas, agar tidak membina semula rumah di tanah berkenaan.
Jelasnya, tanah itu sebenarnya merupakan tanah kerajaan yang mana kerajaan negeri mempunyai perancangan pembangunan perumahan.
“Mangsa kebakaran perlu bersabar kerana kerajaan pasti akan membantu mereka mendapatkan rumah,” katanya ketika ditemui pemberita pada lawatannya ke kawasan kebakaran itu di sini kelmarin.
Jaujan, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memantau kawasan berkenaan agar tiada pembinaan dilakukan di kawasan itu.
Sebanyak 22 rumah musnah dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu melibatkan 116 mangsa.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ