Tujuh beranak, terpaksa tinggal sementara dalam pondok usang.
By Aissac Bjsim
KOTA MADURU: Tujuh sekeluarga yang kehilangan tempat tinggal apabila rumah papan mereka di kampung Bunsadan II, 3 kilometer dari pekan Kota Marudu yang hangus terbakar pada awal khamis lalu mendapat perhatian dari pihak wakil rakyat .
Sumbangan disampaikan wakil kepada Datuk Anita Baranting , Sukimi Soyoh yang juga pegawai khas dari Pejabat ADUN N.5 Tandek menyampaikan bantuan berupa bahan bahan pembinaan rumah seperti simen, playwood serta makanan dan juga pakaian terpakai.
Datuk Anita yang tidak sempat menyerahkan bantuan tersebut mengucapkan simpati dan berharap walaupun bantuan yang diberi tidaklah memadahi namun berharap ianya dapat sedikit sebanyak memberikan harapan baru kepada mangsa tersebut.

Sukimi ketika menyerahkan bantuan kepada mangsa, turut ditemani SKUAD N 5, Dan Bendahari UPKO bahagian
Penyerahan bantuan disampaikan menerusi Skuad N.5 yang ditubuhkan bagi memberikan bantuan dan juga perkhidamatan di sertai juga sukarelawan dari skuad pemuda UPKO yang diketuai oleh Bendahari bahagian.
Pada kejadian Khamis lepas sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah papan dua tingkat yang dihuni oleh tujuh orang ahli keluarga hangus terbakar .

Tinggal tiang, tidak sempat selamat kan apa apa kejadian rumah terbakar Di Bunsadan Khamis lepas
Menurut penghuni yang juga ketua rumah Puan Doruyop Tambanun 60, pada kejadian kira kira jam 6.35 pagi api mulai marak dibahagian tengah rumah mereka yang diperbuat dari papan, kejadian terlalu pantas, api menyambar bahagian dinding dan peralatan rumah sehingga tidak menyelamatkan apa apa barangan.
“Api terlalu cepat marak sehingga kami tidak dapat menyelamatkan apa-apa barangan berharga di dalam rumah, namun syukurlah tidak ada kemalangan jiwa berlaku”, katanya.
Pada kejadian tersebut dia dan suaminya bersama dua anak serta tiga orang cucunya hanya dapat menyelamatkan diri melalui pintu belakang dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana api sudah marak menyembar bahgian dalam rumah mereka dengan cepat.
Suami Doruyop, Dindar Sadik yang juga seorang pesakit stroke bersyukur kerana pada kejadian tersebut tidak mengalami kecederaan, namun kelihatan masih trauma berikutan kejadian yang telah menimpanya.
Tujuh beranak itu kini tinggal di sebuah pondok usang berdekatan rumah mereka yang terbakar untuk dijadikan tempat berteduh sementara sebelum mendapat rumah bahru.
Difahamkan bahawa usaha Skuad N.5 turut dibantu oleh Jabatan Perkhidmatan Masyarakat daerah Kota Marudu untuk mendapatkan bantuan rumah dari PPRT dalam masa terdekat ini.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ