KOTA KINABALU : Masalah bekalan air tidak stabil serta permukaan lantai yang licin merupakan antara rungutan peniaga di kawasan Anjung Senja serta Pasar Malam Sinsuran, di sini.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, peniaga terpaksa menunggu bekalan air sehingga larut malam berikutan tekanannya rendah serta kadang kala terputus sekali gus menyebabkan peniaga terpaksa memendekkan waktu operasi perniagaan mereka.
Katanya, peniaga mendakwa pada waktu puncak bekalan air sangat rendah menyebabkan peniaga terpaksa bersengkang mata menunggu sehingga sehingga awal pagi untuk mendapatkan bekalan air bersih.
“Isu lain dikemukakan peniaga adalah permukaan lantai yang licin, yang merupakan antara isu yang dikemukakan oleh peniaga serta meminta agar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberi perhatian kepada jubin lantai ini dengan menggantikannya bagi mengelak air bertakung di atas permukaannya.
“Satu lagi rungutan peniaga iaitu kerap kali berlakunya masalah kes kecurian ketika larut malam di sekitar kawasan premis perniagaan serta gerai makanan mereka,” katanya, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menjalankan tinjauan di sekitar kawasan Anjung Senja, Pasar Malam Sinsuran dan Segama Waterfront, di sini, malam tadi.
Sabin berkata, DBKK akan berusaha mengambil inisiatif segera untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan terbabit sekali gus menggantikan lampu yang lebih terang di kawasan berlakunya kes kecurian berkenaan.
“Isu kesesakan juga menarik perhatian saya ketika berinteraksi bersama peniaga di sana. Kita akan menjalin kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau keadaan ini terutama di waktu tertentu.
“Kita akan tengok pada malam esok terutama di hujung minggu, sama ada inisiatif awal ini berjaya atau tidak…Kami tidak janji kesesakan tidak akan berlaku atau sebaliknya.
“Sekurang-kurangnya, DBKK mempunyai langkah awal ini disamping memberikan gambaran awal termasuk berusaha mencari inisiatif lain untuk mengatasi kesesakan di kawasan pasar malam ini serta kawasan-kawasan lain yang menjadi tumpuan warga bandar raya,”

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad