Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau menyertai penduduk kampung Pahu bergotong-royong membaiki jambatan gantung kampung itu, pada Ahad.
Jambatan gantung itu adalah laluan utama penduduk kampung itu untuk menyeberangi Sungai Pahu.

Madius berkata, aktiviti gotong-royong bukan sahaja boleh mempercepatkan kerja-kerja yang memakan masa yang lama untuk disiapkan, malah ianya juga satu wadah untuk mengeratkan silaturahim diantara penduduk.
“Saya gembira dan bersyukur dapat menyertai aktiviti sebgini bersama para penduduk kampung.

“Setelah jambatan ini siap dibaiki, ianya akan memudahkan para penduduk kampung terutama sekali kanak-kanak dan orang tua untuk menyeberangi sungai ini,” kata Madius.
Pada masa yang sama beliau meluangkan masa mendengar permasalahan dan pelbagai keperluan penduduk kampung untuk diambil tindakan. – Nabalu News

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ