Masih lima angka, kes Covid-19 ini hari 12,541

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 12,541 kes Covid-19 direkodkan hari ini.

Dalam catatan di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif jangkitan kini mencecah 893,323 kes.

Selangor mencatatkan kes tertinggi hari ini, iaitu 5,512.

Ia disusuli Negeri Sembilan (1,619), Kuala Lumpur (1,542), Johor (609), Melaka (575), Kedah (458), Sarawak (423), Pahang (382), Pulau Pinang (376), Sabah (326), Perak (299), Kelantan (225), Terengganu (102), Putrajaya (62), Labuan (24) dan Perlis (7).