Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU: Mayat seorang lelaki telah dijumpai terdampar di persisiran pantai Kampung Telisai dekat sini pada hari Ahad.
Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor berkata Ketua Kampung Alisto Hussin, 54, membuat laporan polis pada jam 8.40 malam setelah dimaklumkan oleh sekumpulan remaja berhubung penemuan mayat itu.
Ketua Kampung dan dua anggota polis dari Balai Polis Tungku telah kemudian bergerak ke lokasi kejadian dan mendapati mayat seorang lelaki dalam keadaan terdampar tidak berbaju di atas pasir dipersisiran pantai, kata Nasri.
Menurut Nasri, kawasan tersebut merupakan persisiran pantai dan dihubungi oleh ladang sawit yang terletak 1 KM dari jalan utama. Tidak berpenghuni serta bersemak samun. Untuk sampai ke tempat kejadian hendak melalui jalan pantai.
“Seterusnya usaha membawa mayat tersebut terpaksa di buat pada awal pagi memandangkan cuaca gelap serta ombak besar untuk sampai ke tempat mayat. Pada Ogos 5 jam 7.00 pagi seramai 4 anggota Balai Polis Tungku dan 8 anggota Angkatan Pertahanan Awam telah ke tempat kejadian dan berjaya membawa keluar mayat ke Hospital Lahad Datu,” Nasri said.
Tiada kesan kecederaan pada mayat yang dalam keadaan mereput. Siasatan awal tidak terdapat unsur jenayah atau khianat. Walaubagaimanapun, punca kematian akan ditentukan selepas bedah siasat dilaksanakan pada Ogos 5,Tambahnya lagi.
Nasri juga meminta orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau rakan-rakan supaya berhubung terus dengan Ketua Balai Polis Tungku untuk membantu siasatan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ