Motorsikal terbakar di Penampang, penunggang umur 45 tahun terselamat

Seorang penunggang motosikal terselamat selepas awal menyedari motosikal yang sedang ditunggangnya terbakar di Jalan Sugut berhampiran Taman Maang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.35 petang itu, mangsa berusia 45 tahun itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke Pekan Donggongon, di sini, sebelum tiba-tiba terasa bahang panas di bahagian belakang motosikalnya.

Mangsa yang terkejut terus memberhentikan kenderaan untuk melakukan pemeriksaan sebelum menyedari mula marak membakar motosikalnnya.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.37 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bomba dikerah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, operasi memadam api kebakaran terus dijalankan menggunakan satu aliran air sehingga api padam sepenuhnya.

“Tiada mangsa yang terbabit atau kecederaan dilaporan dalam insiden ini,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Affendy berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.58 petang dan siasatan lanjut berhubung punca kebakaran masih dalam siasatan. – Asia Times