Negeri Sembilan umum Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam

[ad_1]


SEREMBAN, 17 Dis (Bernama) — Kerajaan negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam yang berada di bawah pentabdiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata bantuan khas ini akan dibayar dalam dua peringkat iaitu separuh gaji atau RM1,000 pada minggu pertama bulan Januari 2019 dan baki separuh gaji atau RM1,000 lagi akan dibayar seminggu sebelum sambutan Aidilfitri tahun hadapan.

“BKK ini sebagai menghargai segala khidmat bakti dan pengorbanan penjawat awam. Adalah diharapkan bantuan khas ini akan memberikan dorongan dan galakan kepada penjawat awam untuk melaksanakan tugas dengan lebih dedikasi dan cemerlang pada masa akan datang,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan 2019 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri yang ke-14 di sini, hari ini.
…..

 

[ad_2]