KOTA KINABALU: Seorang nelayan hari ini dihukum penjara 35 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah membunuh bekas isterinya pada Februari 2020.
Melo Guli, 41, diperintah menjalani hukuman itu selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Faridz Gohim Abdullah mendapati tertuduh bersalah membunuh Rina Ahmad, 36, setelah selesai perbicaraan penuh kes itu.
Tertuduh didakwa membunuh mangsa yang bekerja sebagai penjual sayur di sebuah bilik tingkat dua, sebuah bangunan di Kompleks Segama, di sini pada jam 2.30 petang, 11 Februari 2020.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Agoes, manakala peguam Goldam Hamid mewakili tertuduh.
Perbicaraan kes itu bermula pada 30 Oktober 2023 dengan seramai 14 saksi dipanggil pihak pendakwaan sepanjang tempoh perbicaraan.
Tertuduh kemudian diarah membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Melo memberikan bukti bersumpah sewaktu memberi keterangan sebagai saksi tunggal ketika membela diri pada 11 Julai lalu. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ