SANDAKAN: Sikap tamak sekumpulan nelayan melakukan aktiviti memukat ikan di zon tidak dibenarkan mengundang padah apabila bot pukat tunda dinaiki mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhampiran Sungai Asam, di sini, semalam.
Kapal Maritim (KM) Tebrau yang sedang menjalankan Op Pluto Timur/Op Khas Cegah PATI (OCP) Utara Covid 19 dan Op Tiris 3.0 mengesan bot nelayan melalui radar sedang menarik pukat di luar kawasan yang dibenarkan iaitu 2.6 batu nautika dari daratan berhampiran.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, hasil pemeriksaan, tekong warga Indonesia berusia 76 tahun mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah manakala tiga lagi awak-awak berusia 19 hingga 41 tahun disyaki Palauh mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan.
“Pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan turut menemukan radio VHF yang sedang digunakan tidak menepati standard yang ditetapkan serta diuji oleh SIRIM.
“Semua suspek serta bot diiring ke Jeti Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan, Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.
Sementara itu, Suhairy turut mengingatkan kepada Komuniti maritim supaya sentiasa bekerjasama dengan APMM dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan aktiviti menyalahi undang-undang atau kecemasan di laut. – Info X
More Stories
Wanita Dakwa Ditukar Agama Kepada Islam Tanpa Izin, Sindiket Libatkan Ahli Keluarga Dalam Politik?
Polis Tawau rampas dadah jenis syabu 2.43kg bernilai RM87,000
‘Berubahlah, makin tua sudah’ – nasihat hakim kepada pesalah tegar dadah