TUARAN: Kepantasan dan keprihatinan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau melawat mangsa bencana angin ribut mendapat pujian rakyat.
Sejurus angin kencang yang mengakibatkan beberapa atap rumah penduduk mengalami kerosakan, Madius bergegas mengadakan lawatan kepada beberapa rumah yang terlibat.
Ribut yang melanda di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah itu turut mengakibatkan bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli terjejas dan mengalami kerosakan teruk.
Madius turut hadir meninjau keadaan sekolah tersebut serta beberapa rumah di kawasan Topokon dan Rongolis.
Selaku Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) beliau turut meminta kakitangan SESB melakukan kerja-kerja pembaikan kabel elektrik di rumah-rumah yang terlibat untuk memastikan keselamatan penduduk.
Dalam pada itu, tinjauan di media sosial facebook rasminya rata-rata memuji keprihatinan yang ditunjukkan Presiden Kehormat UPKO itu.
Andrew Ebd berkata;”terbaik DSP, memang berjiwa rakyat yang tulen.”
Mailini Mai;”Terima kasih atas keprihatinan DSP.”
Tony Gidong;”Terbaik DSP, turun padang.”
“Terima kasih banyak kepada DSP Madius kerana begitu pantas datang meninjau keadaan rumah Tompinai Mihan yang dilanda musibah ekoran angin kencang tadi petang,” ujar Sudar Solikud.
“Memang terbaik DSP Madius,” kata Jeffrey Awang.
“Jarang ada Datuk masuk sampai rumah. Inilah Datuk yang sangat prihatin kepada rakyat,” tambah Asok Joe Joe.
Untuk rekod, pada 1 Julai lalu, Madius turut membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur dan ponteng persidangan parlimen untuk bersama-sama rakyat Tuaran yang pada ketika itu terjejas teruk akibat musibah tanah runtuh dan banjir kilat.
More Stories
Seramai 650 pendatang asing tanpa izin dihantar pulang dari sandakan
Wanita cedera kereta terbabas ke dalam gaung
Dakwa warga China kerja tanpa permit, pengusaha pelancongan tempatan di Semporna lapor polis