Kuching : Kontinjen Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah berjaya mengutip 12 pingat emas pada hari pertama pingat dipertandingkan di temasya Para SUKMA Sarawak yang membuka tirainya di Kuching hari ini.
Selain itu, Sabah turut meraih tujuh pingat perak dan lapan gangsa dengan jumlah keseluruhan sebanyak 27 pingat sehingga jam 5.30 petang tadi.
Pingat emas Sabah berjaya diraih menerusi sukan Para Olahraga dimana sebanyak lapan emas berjaya dikutip menerusi atlet Doriah Poulus (Rejam Lembing Wanita F44); Elvsius John (Rejam Lembing Lelaki F57); Eljoe Gotouh (Lompat Jauh Lelaki T20) dan Bartholomew Marius (Lempar Cakera Lelaki F33).
Turut meraih pingat emas bagi Para Olahraga adalah Nazwan (100M Lelaki T45); Mukhriz Ameer Izzudin Abdul Rauf (100M Lelaki T47); Jacklon Ganding (100M Lelaki T37) dan Ivan Jovic Suan (100M Lelaki T42/T43/T44).
Pingat Perak bagi Para Olahraga pula dihadiahkan menerusi atlet Stenly Roy Ranius (Lempar Cakera Lelaki F13); Jovita Joseph (100M Wanita T37); Nelson Sevilin (100M Lelaki T36); dan Mohd Nizamuddin Matahir (100M Lelaki T38).
Lima pingat gangsa bagi Para Olahraga dihadiahkan oleh Mariana Sandra Rodger (Rejam Lembing Wanita F44); Victer Ben Salleh @ Binidik (Lontar Peluru Lelaki F20); Elissieball Jonal (Lompat Jauh Wanita T20); Fredechi Asri (Lempar Cakera Wanita F40) dan Mercany Mizan (1,500M Wanita T20).
Sementara itu, dalam sukan Para Renang, atlet Abd Halim Mohammad menghadiahkan dua emas menerusi acara 100M Gaya Kuak Dada Lelaki SB8 dan 400M Gaya Bebas Lelaki S8/S9.
Manakala dua lagi emas dalam sukan Para Renang dihadiahkan oleh Chia Faan Jann (100M Gaya Kuak Dada Lelaki SB4) dan Ethan Khoo Yin Jun (100M Gaya Kuak Lentang Lelaki S14).
Pingat perak bagi Para Renang dihadiahkan menerusi atlet Jonathan Wong Zee Siang (100M Gaya Kuak Dada Lelaki SB4).
Bagi pingat gangsa Para Renang pula disumbang menerusi acara 4x100M Gaya Bebas 34 mata Lelaki dan 4 x 100 Gaya Bebas Campuran S14.
Dalam pada itu, Para Memanah turut menghadiahkan masing-masing satu pingat perak dan satu gangsa menerusi atlet Lidwina Isidore Andilah (Compound Wanita W2/ST) dan Jaynie Jamirin (Recurve Wanita W2/ST).
Para Ping Pong pada hari ini hanya berjaya menghadiahkan pingat perak menerusi Rahimah Andungai.
Sabah kini menduduki tangga kedua dibelakang tuan rumah yang telah memperolehi 14 emas;10 perak dan 11 gangsa.
Esok sebanyak 67 pingat emas lagi akan dipertandingkan. – SABAH MEDIA
More Stories
Seramai 650 pendatang asing tanpa izin dihantar pulang dari sandakan
Wanita cedera kereta terbabas ke dalam gaung
Dakwa warga China kerja tanpa permit, pengusaha pelancongan tempatan di Semporna lapor polis