PAS Sabah memuji kenyataan Ketua Menteri Hajiji Noor bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Setiausahanya Aliakbar Gulasan berkata, kenyataan Hajiji menggambarkan kerjasama antara parti-parti GRS dan BN semakin kuat dan kukuh di negeri itu.
Aliakbar berkata pendirian Hajiji itu juga mampu menakutkan pihak lawan.
“PAS meletakkan lawan (musuh) utama adalah PH. Pemerintahan mereka selama 22 bulan menunjukkan pelbagai kegagalan dan seolah-olah tidak bijak menguruskan negara,” katanya dalam kenyataan.
Aliakbar juga turut mengingatkan rakan-rakan komponen GPS supaya mengelakkan pertembungan sesama sendiri kerana akan memberikan keuntungan mudah kepada parti lawan.
Sebelum ini ketua menteri yang juga pengerusi GRS, Hajiji Nor berkata gabungan itu akan memberi sokongan penuh kepada calon BN dalam PRU15.
Beliau berkata, GRS dan BN sudah berjanji untuk bekerjasama membangunkan Sabah dan membawa kemajuan kepada rakyat negeri itu.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius