PASANGAN IBU DAN ANAK DICEKUP POLIS KERANA MENCURI

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU : Seorang wanita bersama anak perempuannya ditangkap polis bersabit kes curi barang di sebuah kedai di kawasan Fajar Khamis lepas.

Pasangan ibu dan anak yang berumur 43 dan 21 tahun itu ditahan selepas mereka berdua menyerah diri kepada pihak polis lebih kurang 7.30 malam Jumaat, kata Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor.

Siasatan awal polis mendapati rakaman CCTV menunjukkan saspek berkenaan mengambil barang dan masukkan ke dalam beg tangan sebelum keluar dari premis tanpa membuat pembayaran pada pukul 8.30 malam hari Khamis, kata Nasri. 

“Pihak kami turut merampas beberapa barangan yang disyaki telah dicuri oleh kedua-dua saspek dari premis itu. Anggaran kerugian bernilai RM 140,” tambah Nasri.

Nasri berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.