KUDAT: Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dandun di Bengkoka perlu segera membentuk jawatankuasa jentera pilihan raya sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 yang dijangka berlangsung tahun hadapan.
Perkara itu ditekankan dalam Program Bersama Pemimpin Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kudat, yang dihadiri oleh lebih 70 ahli dan penyokong parti yang diadakan di PDM Dandun, hari ini.
Naib Ketua Bahagian UPKO Kudat, Innocent Lasimbang, hadir mewakili Ketua Bahagian UPKO Kudat, Junsim Rumunzing yang tidak dapat bersama atas urusan penting di Kuala Lumpur.
Dalam ucapan perasmiannya, Innocent menekankan keperluan mendesak untuk PDM Dandun, yang diketuai oleh Jefrin Mosuning, untuk segera membentuk jawatankuasa jentera pilihan raya sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 yang dijangka berlangsung tahun hadepan.
Beliau turut menyeru semua ketua cawangan UPKO di bawah PDM Dandun, malah di seluruh Bahagian Kudat, untuk mula bergerak aktif dari sekarang demi memastikan kekuatan dan kesiapsiagaan parti dalam menghadapi cabaran politik akan datang.
“Sokongan akar umbi amat penting dalam memastikan kejayaan parti. Kita perlu memperkukuhkan jentera dari peringkat cawangan agar dapat berfungsi dengan lebih efektif,” katanya.
Dalam program ini, Innocent menerima borang keahlian baru daripada lapan cawangan di PDM Dandun, yang menunjukkan sokongan yang terus meningkat terhadap perjuangan parti UPKO di kawasan tersebut.
Program ini juga mencerminkan komitmen UPKO dalam memperkukuhkan hubungan dengan akar umbi serta memastikan persediaan rapi menjelang pilihan raya akan datang.
More Stories
Pembinaan semula jambatan Pekan Tuaran – Sg Damit disenaraikan dalam RP5 RMKe-12 dengan kos RM30 juta: Kementerian Ekonomi
‘DUN Sabah bubar Ogos 2025’
Jelajah UPKO Gelombang Pantai Timur Cawangan Baharu Kg Sg Beruang Libaran dibentuk, perjuangkan hak rakyat di akar umbi