PDRM akan bincang sama JPNS macam mana mau kasi salasai masalah jem di sekolah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) bagi mencari jalan penyelesaian masalah trafik di sekolah seluruh negeri.

Ini berikutan amalan prosedur operasi standard (SOP) yang dikenalpasti menyumbang kepada masalah kesesakan lalulintas terutamanya sekolah-sekolah yang berada di kawasan ‘hotspot’.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, tindakan itu perlu diambil bagi memastikan masalah kesesakan sekolah-sekolah terlibat dapat diselesaikan.

Katanya, perbincangan itu akan membabitkan Jabatan Pendidikan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

“Kebanyakan sekolah-sekolah ‘hotspot’ ini terletak di jalan-jalan utama sehingga menyebabkan kesesakan terutamanya pada masa puncak iaitu masa masuk dan tamat sekolah.

“Kita akan bincang dengan JPNS untuk mencari jalan penyelesaian bagi memastikan kelancaran trafik tidak terganggu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program “1st Day At School”  di Sekolah Kebangsaan Darau, Manggatal, di sini, hari ini.

Hazani berkata, ia juga bagi memastikan semua SOP dipatuhi selain memberi ruang kepada ibu bapa menghantar anak ke sekolah. – Asia Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *