[ad_1]
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) — Sebanyak 5.7 juta saman trafik telah dikeluarkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun lepas ataupun bersamaan dengan 15,000 saman sehari.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (JSPT), Datuk Azisman Alias berkata daripada jumlah itu, hanya 25 peratus atau 1.425 juta pesalah trafik membayar saman.
“Polis mengeluarkan 15,000 saman setiap hari, saman yang dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan seperti memandu melebihi had laju dan memandu sambil menggunakan telefon, ” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat JSPT, Bukit Aman, di sini hari ini.
Sementara itu, Azisman berkata, bagi statistik kemalangan untuk tahun lepas, sebanyak 548,598 kes direkodkan, peningkatan 2.8 peratus berbanding 533,875 kes kemalangan pada 2017.
…..
[ad_2]

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ