SANDAKAN: Pejabat Parlimen Sandakan akan membantu seorang warga emas wanita berusia 81 tahun mendaftar masuk ke rumah penjagaan orang tua di Sibuga.
Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan Amsi Liew hari ini telah menziarah Chen Len Kiew di Hospital Duchess of Kent selepas mendapat tahu kejadian itu.
Chen yang tinggal seorang diri telah terjatuh di rumahnya semalam dan mujurlah kejadian tersebut disedari oleh jirannya yang menghantar beliau ke hospital.
Menurut Amsi, Chen tidak sesuai untuk tinggal sendiri memandangkan keadaan kesihatannya dan Pejabat Parlimen Sandakan akan membantu beliau untuk membuat pemohonan untuk tinggal di rumah penjagaan orang tua.
Chen akan dipindahkan ke rumah penjagaan orang tua selepas selesai menjalani pemeriksaan serta rawatan di hospital, kata Amsi.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ