PELAJAR PPKI SMK BAHANG DIRAI SEMPENA CNY

Oleh Wartawan BS
8 Februari 2020

PENAMPANG: Seramai 174 pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang, di sini, dirai dalam sambutan Tahun Baru Cina (CNY), baru-baru ini.

Program yang dianjurkan di bawah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) itu adalah acara tahunan, bukan hanya sempena CNY, tetapi sempena Pesta Kaamatan serta Hari Raya Aidilfitri, setiap tahun.

Objektif program itu diadakan adalah bagi memupuk semangat perpaduan yang tinggi di kalangan murid pendidikan khas selain memberi peluang kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.

“Ia juga diadakan bagi memupuk rasa bersyukur dalam diri setiap warga pendidikan khas atas nikmat keamanan dan perpaduan yang wujud di negara ini.

“Selain itu, ia mampu memupuk persaingan yang sihat di samping menambah pengetahuan di kalangan murid pendidikan khas menerusi program ini,” kata penyelaras program Sambutan CNY PPKI SMK Bahang, Doreen Chieng Lu Ling, dalam kenyataan, semalam.

Sambutan berkenaan turut dihadiri pengetua SMK Bahang, Margaret Chee dan Penolong Kanan Pendidikan Khas, Chong Hui Min @ Adeline sebagai penenang bagi kategiri

Antara aktiviti yang diadakan sempena sambutan selama dua hari itu termasuklah penyerahan limau dan angpao, pertandingan buat tanglung, senaman beramai-ramau dan acara yang ditunggu-tunggu oleh pelajar iaitu tarian singa.

Terdahulu, Margaret turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan buat tanglung iaitu kelas Raflesia dan Anggerik.