KOTA KINABALU: Pelajar bagi kelas peperiksaan awam iaitu pelajar tingkatan lima dan enam bakal memulakan sesi persekolahan pada 24 Jun depan.
Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Mohd Radzi berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“KPM tetapkan bahawa tarikh buka sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Peperiksaan Antarabangsa adalah pada hari Rabu 24 Jun 2020,” katanya.-http://beritasabah.com

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad