Kalangan pelajar Interaksi Institusi dan Masyarakat (INTERIM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan diskusi atas talian tentang pro dan kontra vaksin COVID-19.
Pengarah Program Muhammad Faiz Atras berkata, program itu telah mengetengah dua figur utama dalam memberi perkongsian dari sudut perubatan dan pengalaman petugas barisan hadapan.
“Program ini turut disertai peserta awam yang melibatkan Malaysia, Singapura dan Brunei,” katanya.
Muhammad Faiz menjelaskan program itu menampilkan Dr Wan Sherhan yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Hospital Queen Elizabeth II dan Grace Nabawan, petugas barisan hadapan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sipitang.
Turut serta dalam diskuasi bertemakan ‘Vaccine, Heroes or Foes’ itu ialah Penasihat Program Nelson Adeh.
Dalam diskusi itu Dr Wan Sherhan memberikan perkongsian tentang pemberian vaksin COVID-19 manakala Grace berkongsi pengalaman menerima vaksin dua dos lengkap.
Dua perkongsian itu memberi pencerahan dan keyakinan kepada orang awam untuk menerima suntikan vaksin.
Diskusi itu diiringi sesi santai bersama penonton yang menampilkan dua permainan, Kahoot dan Scratch Bingo di mana hadiah diberikan kepada pemenang.
Menurut Nelson, program itu memberikan manfaat kepada pelajar termasuk masyarakat dalam memupuk sifat prihatin tentang keadaan yang berlaku sekarang. – Utusan Borneo

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ