KOTA KINABALU: Pada jam 1:51 petang, JBPM Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 yang memaklumkan tentang kejadian peluncur layar (paragliding) tersangkut di atas pokok.
Kejadian tersebut yang berlaku di Bukit Kokol Menggatal, Sabah itu telah dihadiri oleh anggota Bomba daripada BBP Lintas seramai 12 orang dengan menaiki jentera FRT, kenderaan Unit EMRS dan kenderaan Vigo.
Komander Operasi, PBK II Mohamad Faizal bin Alias melaporkan, terdapat seorang lelaki warganegara Korea yang melakukan aktiviti luncur udara telah hilang kawalan dan tersangkut di atas pokok dengan ketinggian dianggarkan 40-50 meter.
Pasukan Bomba bertindak ke lokasi mangsa tersangkut bersama-sama dengan pemilik tanah dan seorang penunjuk arah dalam jarak lebih 1 km dari kawasan mangsa mula berlepas (take off).
Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan dengan menggunakan sistem lowering untuk menurunkan mangsa.
Anggota Bomba daripada Unit Drone turut hadir ke lokasi kejadian. Agensi lain yang turut berada di lokasi adalah pihak PDRM.
Mangsa yang berusia 50an itu berjaya diturunkan dalam keadaan selamat pada jam 4.12 petang dan mendapat rawatan daripada anggota Unit EMRS di lokasi kejadian. Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Setelah selesai, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.50 petang.
More Stories
Kadar residivis di Sabah kekal 12 peratus
Kerajaan Sabah sasar 10,000 pelajar terima biasiswa
Kerajaan Sabah rai lawatan PM pada majlis makan malam