PEMANDU LORI MAUT DALAM KEMALANGAN DI KINABATANGAN

Mayat pemandu ditempat kejadian

Oleh Faizal Rahman

KINABATANGAN :  Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan berhampiran Kampung Paris  2 dekat sini awal pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan menerima panggilan kecemasan pada jam 5.04 pagi dan seterusnya respon ke tempat kejadian melalui jarak sejauh 52KM.

Empat anggota bomba diketuai oleh PBK II Hairul Jamal telah bergerak ke lokasi dengan menaiki sebuah jentera bomba.

Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis lori 5 tan telah terbabas sendiri di bahu jalan dan terdapat seorang mangsa lelaki tersepit didalam.

Tindakan Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa tersebut dengan menggunakan pemotong hydraulic (Hydraulic Cutter) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

Phak polis telah mengesahkan mangsa tersebut meninggal dunia di tempat kejadian dan menghantar mayat ke hospital untuk dibedah siasat.

Mangsa dikenalpasti sebagai Parman Ahmad, berumur 27 tahun.

Pasukan Bomba kemudian menamatkan operasi pada jam 6.16 pagi selepas memastikan keadaan di lokasi kemalangan tidak membahayakan pengguna jalanraya lain.