PAPAR: Pemandu kren menanggung kesakitan lebih sejam selepas tersepit di dalam kren yang terbalik di Jalan Ulu Sabandil, di sini, hari ini.
Mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an cedera di kaki sebelum diselamatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Penolong Penguasa Bomba, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.36 petang membabitkan sebuah kren terbabas sendiri di bahu jalan.
Katanya, terdapat seorang mangsa tersepit dan tindakan pasukan bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas (rescue tools).

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan mengalami cedera di kaki.
“Mangsa kemudian diberi rawatan awal sebelu dihantar ke Hospital Papar menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, operasi dijalankan seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan jam 3.49 petang,” katanya. – Info X

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata