PEKAN NABALU: Sebuah sistem bekalan air graviti menggunakan tenaga solar di Kampung Nuluhon di sini kini beroperasi dan menampung keperluan kira-kira 350 penduduk.
Projek tersebut dimulakan pada September tahun ini dan siap Oktober 2022 menggunakan peruntukkan bernilai kira-kira RM40,000 yang dibiayai Ahli Parlimen P170 Tuaran pada ketika itu, Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

Pembinaannya dilakukan dengan kerjasama sebuah institusi pengajian tinggi tempatan melalui program khidmat masyarakat dengan para penduduk secara bergotong-royong.

Majlis Perasmiannya telah disempurnakan Madius pada sebuah acara ringkas, di sini hari ini.
Beliau yang juga calon Pakatan Harapan P170 Tuaran berkata, selain memberikan kelegaan kepada penduduk kampung bekalan air itu juga menjadi sumber air bersih kepada sebuah Klinik Kesihatan Desa.
More Stories
FPL UMS kongsi ilmu ternakan lebah kelulut dan khasiat madu kepada PPK Sandakan
UMS terima kunjungan penanda aras EKSA dari PHKK, UMPSA
MSN 2023 Peringkat Negeri Sabah diadakan pada 24 – 26 Ogos 2023 di UMS