Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Penampang menyampaikan bantuan berupa barangan dapur kepada penduduk terjejas banjir di Kampung Sugud, di sini.
Timbalan Ketua Bahagian UPKO Penampang Carl Mosoom berkata, UPKO Penampang menyampaikan bantuan itu bersama Pertubuhan Prihatin Bumiputera Sabah daerah Kota Kinabalu dan Penampang.
“Selain itu, rombongan turut membuat lawatan dan menyampaikan bantuan kepada Ketua Cawangan serta seluruh ahli UPKO di Kg. Kodou, Sugud, Penampang.
“Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga yang terkesan akibat banjir kilat baru-baru ini,” katanya.

Misi UPKO bersama Pertubuhan Prihatin Bumiputera Sabah Cawangan Daerah Penampang itu diketuai oleh Senator Datuk Don Mojuntin selaku Timbalan Presiden dan Petrus Jikiun Pengerusi Prihatin Penampang. Turut sama dalam rombongan Ketua Bahagian Upko Kinabatangan Datuk Johnny Intang.
Program bermula ke Gereja Lady Assumption Church dengan penyerahan bakul makanan sumbangan Prihatin sebanyak 50 dan beberapa unit ‘portable gas stove’ sumbangan Adun Kadamaian yang juga Naib Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick.
Barangan plastik serta periuk turut diserahkan oleh KP Alex kepada Ketua Cawangan Kg. Kodou, Ketua Pemuda Kg. Kodou, Ketua Wanita Kg. Tampasak dan juga kepada gereja Lady Assumption Sugud.
Rombongan seterusnya meninjau kawasan banjir di Kg.Tindai Kolopis dan menyampaikan sumbangan bakul makanan oleh Prihatin sebanyak 20 bakul dan barangan dapur oleh Pemuda Upko Penampang.
Laporan turut diterima oleh Pn Decy Ebol dari gereja Lady Assumption memohon untuk beri tumpuan bantuan makanan di sekitar kawasan luar Kg. Sugud seperti Kg. Kituau Limbanak, Suok Maang, Gunsing termasuk Kg. Sulim Kinarut dan sekitar kawasanya.
Puan Decy menyeru agar sumbangan bakul diteruskan walaupun awal lagi diumunkan untuk ‘slow-down’ tetapi setelah diedar ke kampung-kampung berkenaan, kelihatan bekalan makanan masih diperlukan dan jelas kehadiran UPKO bersama Prihatin memberi sedikit harapan kepada mereka untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
“Bagi pihak warga Sugud, kita menyeru orang awam dan pihak swasta, penderma, NGO supaya terus membantu memberikan sumbangan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi bantuan tenaga kerja dan keperluan lain seperti kelengkapan mesin pencuci, air, keperluan memasak serta bahan-bahan binaan seperti paip dan papan.
“Saya berpendapat, misi kali ini adalah untuk membantu warga Sugud mengembalikan situasi alam tanpa sekatan jalan, air dan letrik.

“Saya menyeru kepada semua supaya membantu tanpa mengira fahaman poilitik, kita membantu setakat yang kita mampu untuk meringankan bebanan mereka,” kata Carl.
Sementara itu Ketua Pemuda UPKO Penampang Alex Vern berkata, hari ini adalah hari kedua UPKO Penampang menghantar sumbangan di kampung itu.
“Pada hari ini, seramai sembilan anggota dengan empat buah kenderaan terlibat menghantar barangan makanan ke Kampung Sugud.
“Amat menyedihkan kerana ramai penduduk kampung mengalami kerugian, misalnya kerosakan harta benda termasuk kereta dan perabot rumah. Kami berharap kehadiran kami dapat menceriakan mereka,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ