[ad_1]
Mohd Amirul Abdullah, 23, yang beralamat di Kampung Parit Tengah, Pekan dekat sini, sekadar mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Azizah Ahmad.
Lelaki yang bertubuh kecil itu didakwa membunuh Siti Masitah, 11, yang juga warganegara Kemboja antara 5.50 petang hingga 8 malam, 30 Jan lalu di kawasan belukar padang ragut, Kampung Tanjung Medang Hilir di Pekan, dekat sini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Azizah menetapkan 25 Mac ini bagi serahan dokumen forensik, laporan kimia dan bedah siasat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamsul Kahar Ahmad Nadri manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan.
Pada 9 Feb lalu, media melaporkan penemuan mayat Siti Masitah dalam keadaan menyayat hati dan tidak sempurna. Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh lebih seminggu sebelum mayatnya ditemukan.
…..
[ad_2]
More Stories
KUSKOP salur RM346.28 juta pembiayaan PMKS dan koperasi di Negeri Sembilan pada tahun 2024
Maritim Malaysia tahan dua bot tunda nelayan lakukan aktiviti tarik pukat tunda
Agensi di bawah KUSKOP bantu usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak