Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Kelantan berkempen di kawasan larangan merokok

[ad_1]

KOTA BHARU, 2 Jan (Bernama) — Sebanyak 350 penguatkuasa Jabatan Kesihatan Kelantan akan berkempen di kawasan larangan merokok terutama di premis perniagaan makanan bagi menentukan larangan itu dipatuhi oleh pemilik premis dan para pelanggan .

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin berkata ini bagi menyebarkan maklumat tentang larangan itu yang berkuatkuasa semalam kepada orang awam di samping mendidik dan memberi amaran lisan kepada perokok tegar tentang denda dan kompaun yang akan dikenakan terhadap mereka selepas tempoh mendidik selama enam bulan berakhir.

Semalam, kerajaan menguatkuasakan larangan merokok di kedai makan yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun bagi mereka yang didapati melanggar Peraturan 11, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008.
…..



[ad_2]