Penguatkuasa tegas perlu tangani koloni setinggan di sekitar UMS sumbang kepada masalah air

KOTA KINABALU: Penguatkuasaan tegas perlu diambil oleh agensi berkaitan ke atas koloni setinggan di sekitar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menyumbang kepada masalah air di institusi pengajian tinggi berkenaan.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah berkata, masalah air di UMS tidak akan berakhir selagi wujud penyambungan haram besar-besaran di perkampungan setinggan itu.

Penguatkuasa tegas perlu tangani koloni setinggan di sekitar UMS sumbang kepada masalah air.

Katanya, penghuni flat rumah kos rendah milik LPPB di Taman Jaya Diri, Bukit Setia di Sepanggar dan Taman Sri Warisan di Inanam Laut merungut sering kali mengalami gangguan bekalan air selain tekenan air amat tendah.

“Walaupun Kementerian Kerja Raya (JKR) Sabah memberi jaminan masalah air di UMS akan selesai setelah Loji Rawatan Air Telibong 2 siap hujung Januari ini, namun UMS akan menerima tekenan air lebih rendah akibat terlalu banyak penyambungan haram koloni setinggan.

“Inisiatif MyJans yang diperkenalkan kerajaan negeri tidak banyak mengubah keadaan kerana penduduk setinggan terutama warga asing sudah terbiasa menikmati air dan elektrik secara percuma hasil penyambungan haram, ” kata beliau.

Pada Khamis lalu Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melancarkan aplikasi MyJans, di mana pengguna boleh mengakses bekalan air secara atas talian.

Masiung berkata, aplakasi MyJans yang dilancarakan JANS pada minggu lalu memang inisiatif baik, tetapi penyambungan haram tetap akan berlaku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut itu mengesa agensi berkaitan terutama JANS supaya menjalankan operasi penguatkuasaan besar-besaran secara berjadual di kawasan setinggan dan kilang kilang.

Baru-baru ini, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kewujudan koloni setinggan dianggarkan 12,000 rumah dipercayai menjadi penyumbang kepada masalah bekalan air di universiti terbesar di Sabah itu.

Kerajaan negeri mengalamai kerugian 18 juta liter air sehari (MLD) akibat tindakan penyambungan haram.