KOTA KINABALU, 7 Jun — Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 akan diumumkan pada 16 Jun 2022 bermula pukul 10 pagi.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.
Manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh sama.
“Layari pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun atau menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 22 Jun 2022,” menurut kenyataan itu.
More Stories
Dua tahun tiada pengambilan, Madius minta KPM luluskan semua permohonan kemasukan PISMP Bahasa Kadazandusun
Hubungan baik ibu bapa dan guru teras kemenjadian murid
447,982 murid Tahun Satu terima bantuan awal mulai minggu ini