KOTA KINABALU: Percutian pasangan suami isteri warga China ke negeri ini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas di Pulau Sapi, dekat sini, tengahari tadi.
Zhou Chunguang, 51, ditemui lemas oleh pelancong lain ketika sedang menjalankan aktiviti mandi di pantai pulau berkenaan kira-kira jam 1.15 tengahari
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata hasil siasatan mendapati lelaki itu dan isterinya masuk ke Pulau Sapi menggunakan bot pelancongan kira-kira jam 10 pagi hari ini.
“Mangsa kemudian mandi bersendirian di pantai berkenaan manakala isterinya berada di pantai kira-kira jam 12.45 tengah hari.
“Kira-kira 30 minit kemudian, mangsa dijumpai lemas oleh dua pelancong lain sebelum mereka meminta bantuan pengawal pantai di Pulau Sapi,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Zaidi berkata, lelaki warga China itu kemudian dibawa naik ke pantai sebelum diberi bantuan pernafasan selama lima minit.
“Dia kemudian dibawa ke Jeselton Point menggunakan bot pelancongan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya
“Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu doktor bertugas di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) bagaimanapun mengesahkan dia meninggal dunia pada jam 1.55 tengahari ketika berada di Jeselton Point,” katanya.
Mohd Zaidi berkata mayat warga China itu dibawa ke HQE 1 untuk tindakan lanjut dan kes diklasifkasi sebagai kes mati mengejut. – Berita Harian
More Stories
Skandal rasuah Sabah : 18 ADUN dirakam keterangan, kertas siasatan siap hujung bulan ini – SPRM
Pemandu lori ditahan ubah suai tangki minyak
Dua pegawai bomba terkena renjatan elektrik ketika padam kebakaran