Permohonan masukkan nama Najib dan tujuh lagi dalam saman keluarga penyiasat persendirian didengar 29 Mac

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) — Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 29 Mac untuk mendengar permohonan ahli perniagaan, J. Deepak bagi memasukkan nama bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tujuh yang lain sebagai pihak ketiga dalam kes saman difailkan keluarga penyiasat persendirian, mendiang P. Balasubramaniam.

Peguam K. Vinod, yang mewakili Deepak berkata anak guamnya selaku defendan dalam kes saman itu telah menyerahkan notis pihak ketiga kepada kesemua individu berkenaan tahun lepas untuk memasukkan semula mereka sebagai pihak ketiga dalam kes saman tersebut.

Selain Najib, tujuh individu lain adalah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, adik Najib iaitu Datuk Mohd Nazim dan Datuk Ahmad Johari, peguam Tan Sri Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Arulampalam Mariampillai serta Pesuruhjaya Sumpah, Zainal Abidin Muhayat.
…..



[ad_2]