SEPANGGAR: Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Sepanggar, Datuk Wong Thien Fook, hari ini menerima sumbangan sebanyak 75 kotak air mineral daripada New Day Drinking Water sebagai sokongan kepada Pertandingan Tarian Unikorn Peringkat Antarabangsa Ke-4 dan Pertandingan Tarian Unikorn Peringkat Negeri Sabah Ke-2 yang akan berlangsung pada 23 hingga 24 November ini, bertempat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.
Datuk Wong, yang juga penasihat penganjur, berperanan penting dalam menjayakan pertandingan berkenaan.
Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Kebudayaan Dan Pendidikan Zhong Hua.
Difahamkan bahawa masuk adalah percuma untuk sesiapa yang berminat menghadiri acara ini.
Pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan menarik daripada pasukan tempatan dan antarabangsa, termasuk dari Singapura, China dan Perancis
Program ini bertujuan mempromosikan seni dan kebudayaan sambil memperkasakan hubungan antara komuniti tempatan dan antarabangsa melalui pertukaran budaya dan persembahan unik.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ