[ad_1]
Beliau berkata ia merupakan antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah yang dipengerusikannya di Perdana Putra di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata peruntukan itu adalah bagi membolehkan SPRM mengenal pasti pemilik sebenar sesuatu kepentingan dalam sesuatu proses siasatan yang dijalankan.
“Kita dapati mereka menggunakan nama orang lain tetapi dimiliki orang lain. Kita mahu buat undang-undang supaya dapat cekup pemilik sebenar.
“Kita tahu untuk mengelak sesetengah orang guna nama orang lain, tapi kita mahu dapatkan pemunya benefiasari,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
Katanya walaupun pemilik menggunakan nama orang lain, bukti akan tetap dicari dan tindakan diambil ke atas pemilik sebenar itu.
Dr Mahathir berkata dalam mesyuarat hari ini antara bidang strategik yang dibincangkan ialah bidang pendidikan untuk melahirkan generasi yang berintegriti dan berakhlak mulia dari aspek ‘human governance dan character building’.
“Kita ingin semai budaya nilai hidup yang baik di kalangan masyarakat Malaysia dan ini bermula dari kecil.
“Jadi, Kementerian Pendidikan perlu beri penekanan dengan menyemai nilai-nilai mulia dalam perkembangan sahsiah pelajar bagi menangani rasuah,” katanya.
“Pendidikan tentang budaya dan nilai hidup mesti disampaikan dalam sekolah. Kita akan adakan slogan tertentu cegah rasuah dan menunjukkan rasuah adalah jenayah yang boleh merosakkan negara,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kerajaan akan melaksanakan ‘pre-budget statement’ dan Kajian Separuh Tahun bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan sebagai langkah menambah baik pengurusan belanjawan.
Ia adalah bagi memastikan ketelusan maklumat berkaitan hutang dan liabiliti negara serta meminimumkan ‘off-budget’ dalam perbelanjaan kerajaan mulai tahun ini, katanya.
“Sebagaimana yang berlaku dalam kerajaan sebelum ini mekanisme off-budget ini telah menyumbang kepada skandal kewangan seperti 1MDB dan Special Purpose Vehicle (SPV). Justeru kerajaan kini akan berusaha untuk meminimakan off-budget,” kata perdana menteri.
Dr Mahathir turut memaklumkan mesyuarat itu memutuskan untuk menambah baik proses perolehan, kriteria pemilihan dan penilaian perunding serta pemantauan projek.
Beliau berkata kriteria wajib lulus diwujudkan di mana perunding mesti berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Lembaga Profesional bagi memastikan mereka benar-benar berkelayakan serta berintegriti tinggi.
“Proses pemilihan ketua perunding dapat dikurangkan sebanyak sembilan proses berbanding sebelum ini dan menjimatkan masa pelaksanaan dan memberi nilai faedah yang terbaik kepada kerajaan.
“Kaedah perolehan perunding secara ‘Lead Consultant’ akan memudahkan koordinasi dibuat dengan perunding daripada pelbagai bidang,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kerajaan komited untuk melibatkan negara secara lebih aktif dalam jawatankuasa standard antarabangsa ISO/TC309 bagi Governance of Organisations.
Katanya inisiatif itu untuk meningkatkan penglibatan Malaysia dalam aktiviti standardisasi di peringkat antarabangsa bagi memulihkan imej negara.
Badan-badan pensijilan di Malaysia yang menjalankan aktiviti pensijilan Anti-Bribery Management Systems (ABMS) diwajibkan mendapatkan akreditasi daripada Standards Malaysia bagi tujuan pengawalan, katanya.
Di samping itu, Dr Mahathir berkata cadangan penambahbaikan tadbir urus syarikat milik kerajaan dan badan berkanun Persekutuan turut dibincang dalam mesyuarat hari ini.
Katanya cadangan penambahbaikan itu telah dibentangkan dan diluluskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Nov lalu.
“Pindaan dibuat ke atas prosedur berkaitan Tapisan Keutuhan SPRM di mana calon-calon perlu melepasi tapisan keutuhan sebelum dilantik dan bukannya selepas dibuat pelantikan.
“Pindaan juga akan dibuat dalam buku Garis Panduan Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri Kewangan (Diperbadankan),” katanya.
Semenjak penubuhan JKKMAR enam bulan yang lalu, jawatankuasa itu telah bermesyuarat sebanyak lima kali pada tahun lepas (2018) dan mencapai 61 inisiatif bagi menambahbaik proses dan sistem tadbir urus, integriti dan anti-rasuah.
Dr Mahathir berkata usaha-usaha itu akan dipantau oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) bagi memastikan pelaksanaannya oleh kementerian-kementerian, agar Malaysia dikenali kerana integritinya dan bukan kerana rasuah.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
24 buah sekolah di Sabah terjejas banjir
Subsidi tiket penerbangan ‘Graduan Rindu Sabah’ dibayar sebelum Aidilfitri
Alhusin Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah