PGA kesan lokasi tumpuan pemburuan haram di Beaufort

Pasukan Gerakan Am (PGA) terus berusaha menjejaki kegiatan pemburuan haram di hutan simpan di negeri ini.

Terbaru, PGA yang menjalankan operasi Jabatan Hidupan Liar Sabah itu berjaya menemui sebuah pelantar dan kelongsong peluru ‘shotgun’.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, pihaknya mengesan satu lokasi dipercayai digunakan untuk aktiviti pemburuan haram.

“Pelantar berkenaan digunakan bagi memudahkan aktiviti pemburuan hidupan liar.

“Selain itu, penemuan beberapa kelongsong peluru ‘shotgun’ itu juga jelas membuktikan aktiviti itu pemburuan hutan simpan ini,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Mohd Abduh berkata, pasukan operasi kemudiannya terus bertindak merobohkan menara tinjau berkenaan dan mengambil semua kelongsong peluru berkenaan untuk membantu siasatan lanjut.

Katanya, semua bahan bukti berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk tindakan selanjutnya. – Asia Times