Sebahagian dari minuman keras yang dirampas PGA Batalion 20 semalam
Oleh Kahar Ali
BELURAN: Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran berjaya menahan sebuah lori yang membawa minuman keras seludup ketika melalui Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) KM 4 Jalan Sapi-Nangoh semalam.
Menurut Pegawai Memerintah Batalion 20 ACP Mohd Nasaruddin M. Nasir , anggota Platun 2 Kompeni A yang diketuai Inspektor Oliver Nordin yang bertugas di RCP berkenaan telah memeriksa sebuah lori kontena yang dipandu seorang lelaki tempatan pada jam lebih kurang 6.45 petang hari Sabtu.
Pemeriksaan yang dilakukan terdapat beberapa jenis minuman keras yang dipercayai belum diluluskan oleh pihak Kastan di bahagian belakang lori jenis tiga tan tersebut, tambah Mohd Nasaruddin.
“Pemandu lori kemudian ditangkap dan kesemua minuman keras beserta lori diserahkan kepada IbuPejabat Polis Daerah Beluran untuk tindakan lanjut dibawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” kata beliau lagi.
Menurut Nasaruddin, nilai rampasan termasuk sebuah lori, 140 kotak minuman keras jenis Skol tin dan 15 kotak Royal Stout dianggarkan RM 60,000.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ