Philip Among berdepan dua lagi tuduhan

Dua lagi kertas siasatan polis membabitkan bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR), Phillip Among, selesai.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, kertas siasatan itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, dua kertas siasatan itu membabitkan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan No 2) 2021.

“Siasatan selesai dan kertas siasatan yang lengkap sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Kemungkinan pendakwaan dilakukan atau tidak, itu terpulang kepada mereka (pejabat Peguam Negara),” katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, semalam, Phillip, berdepan lima pertuduhan mencabul kehormatan ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di sini.

Beliau berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan selepas didakwa mencabul dua wanita berasingan termasuk seorang ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau. – Asia Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *