SANDAKAN: Sebuah kereta pacuan empat roda merempuh lima kenderaan di bahu jalan selepas pemandunya hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah motosikal di Jalan Leila, Kampung Combo, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, pemandu kenderaan pikap jenis Toyota Hilux lelaki berusia 35 tahun hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Duchess Of kent (HDOK).
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan awal mendapati, sebelum kemalangan pikap Toyota Hilux bergerak dari bandar Sandakan menuju ke Tanah Merah, di sini.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal telah keluar dari simpang Kampung Combo, masuk ke jalan utama dan di laluan pikao Toyota Hilux.
“Pemandu Toyota Hilux cuba mengelak namun telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar lima kenderaan lain yang di parkir di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, pemandu pikap telah dibawa ke HDOK dan disahkan hanya mengalami cedera ringan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Info X

More Stories
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya