Pitas daerah pertama menganjurkan Rumah Terbuka Krismas

Madius bersama Bolkiah dan para hadirin di Rumah Terbuka Krismas di Pitas Jumaat lalu.

PITAS : Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau memuji Daerah Pitas kerana menjadi antara yang pertama menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Krismas.

“Syabas, tahniah Daerah Pitas kerana inisiatif ini, mungkin daerah pertama yang mengadakan program seperti ini. Mari teruskan acara yang mampu menngeratkan lagi persaudaraan dikalangan kita yang pelbagai kaum dan kepercayaan,” kata beliau.

Tangau yang juga Timbalan Ketua Menteri, menggesa pengerusi penganjur yang juga merupakan Pegawai Daerah Pitas, Bubudan O. T Majalu untuk menjadikan acara itu satu program tahunan.

“Kita tahu di tempat lain, Semenanjung, ada ketegangan antara suku kaum. Mari buat yang sebaliknya, mari kukuhkan persatu-paduan antara kita tanpa mengira suku kaum dan kepercayaan,” tambah Tangau juga merupakan Presiden UPKO.

Berbagai acara diadakan dalam aktiiviti itu yang dihadiri hampir 1000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan N.3 Pitas, Datuk Bolkiah Ismail, SUT Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Fredian Gan serta orang-orang kenamaan.