TUARAN: Bekalan air di PPR Taman Sri Rugading adalah mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Ahli Parlimen P170 Tuaran selepas menyampaikan bantuan bekalan makanan di PPR itu, di sini, kelmarin (2 April 2020)
Ujarnya, pihak Majlis Daerah Tuaran akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan keperluan asas harian itu tidak terputus.
“Di PPR Taman Sri Rugading ini sebenarnya kita ada cabaran dari segi bekalan air, namun kita akan terus pastikan semua penghuni di sini mampu menikmati bekalan air bersih.
“Selain Rugading, kita juga akan memastikan bekalan air juga cukup di PPR Telipok Ria,” katanya.
Turut hadir Setiausaha Politiknya, Joisin Romut dan Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Majlis Daerah Tuaran, Mohd Sofian Alfian Nair.

Untuk rekod, PPR Taman Sri Rugading pernah mengalami masalah bekalan air sebelum ini hingga menjejaskan ratusan penduduk.
Namun atas inisiatif Madius serta kerjasama pelbagai pihak, masalah itu berjaya diselesaikan dengan baik./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ