Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri ditukar statusnya kepada PKP Bersyarat (PKPB) mulai 19 Feb ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

Bagaimanapun, hanya Perlis satu-satunya negeri yang ditukar statusnya kepada PKP Pemulihan (PKPP) ekoran kadar jangkitan COVID-19 dilaporkan agak terkawal di sana.
Pelaksanaan tersebut berkuatkusa selama 14 hari sehingga 4 Mac ini.

More Stories
596 calon tanding PRN Sabah, bakal rebut 73 kerusi DUN
Program Living Lab UMS Tingkatkan Keupayaan Komuniti Tempasuk
UMS perkasa reformasi governan melalui kualiti dan inovasi