Menteri Kanan (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata, lima kawasan di Sabah, Terengganu dan Kelantan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 10 hingga 23 Ogos ini.
Beliau berkata, PKPD itu dilaksanakan selepas meneliti penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti tersebut.
Pelaksanaan PKPD bermula 10 hingga 23 Ogos seperti berikut:
Sabah
- Blok 11 Kg Titingan, Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut, Kampung Rawa-Rawa Batu 4 di Tawau, Perumahan Ladang Kapur, Benta Wawasan, Perumahan Ladang Serudung, Usahawan Borneo, Kalabakan dan Kampung Padas di Kota Kinabalu.
Terengganu
- Desa Keluarga YPK Chendering di Kuala Terengganu
Kelantan
- Kampung Baru Pupoh di Pasir Puteh
PKPD dilanjutkan sehingga 23 Ogos seperti berikut:
Kelantan
- Kampung Bukit Merbau, Bukit Jawa, Pasir Puteh dan Kg Banggol Pak Esah, Bukit Abal, Pasir Puteh.
Terengganu
- Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu.
Kedah
- Kampung Bukit Malut, Langkawi.
Penamatan PKPD pada 9 Ogos
- Pekan Selising/ Kg Selising, Bukit Jawa, Kg Tok Dir, Bukit Jawa, Kg Padang Pak Omar, Bukit Jawa, Kg Bukit Bidang, Bukit Jawa, Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan.
- Tujuh kampung di Mukim Bukit Abal, Daerah Pasir Puteh iaitu Kg Berangan, Kg Alor Geliong, Kg Banggol Jenereh, Kg Kubang Sawa, Kg Lubuk Kedondong,Kg Chat dan Kg Banggol Dollah, Kelantan.
- Kampung Sumaang, Ranau, Kampung Sangkabok, Menumbok, Kuala Penyu, Taman Semarak Megah, Tawau, Ladang Belian, Kalabakan, dua lokaliti di Sipitang, Kampung Pelakat, Kampung Pelakat Jaya, dua lokaliti Beaufort, Kampung Batandok dan Kampung Menanjung, Sabah.
- Empat Kampung dalam Mukim Ulu Selama, daerah Larut, Matang & Selama (LMS) iaitu Kg Sg Seputeh, Kg Teluk Mas, Kg Garok dan Kg Tapah, Perak.
- Tiga lokaliti dalam daerah Kuantan iaitu Taman Tas & Pandan, Taman Indera Sempurna dan Taman Impianku, Pahang.
- Dua lokaliti di Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh iaitu Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau, dua lokaliti di Machang iaitu Kampung Joh dan Kampung Maka, Kelantan.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, 276 orang ditahan kerana ingkar SOP dengan 255 daripadanya dikompaun dan 21 lagi direman.
Beliau berkata sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan tiga kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong