SHAH ALAM – Tanda tanya sama ada negara akan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19 bakal diketahui Isnin ini kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dijangka akan membuat pengumuman berhubung perkara itu.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ramai rakyat yang sudah menularkan bahawa kerajaan akan melaksanakan sesuatu yang lebih ketat.

“Kerajaan sentiasa dengar rintihan dan pandangan rakyat dan kita sedang mempertimbangkan.
“Insya-ALLAH apa-apa nanti akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada Isnin nanti. Jadi kita tunggulah apa yang akan diumumkan dan bersesia dengan pengumuman itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media PKP Pemulihan(PKPP)/PKP Bersyarat (PKPB) pada Jumaat. – Sinar Harian

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ