[ad_1]
Ketibaan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah pada 8.45 malam disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Pengangkutan yang juga Anggota Parlimen Seremban ,Anthony Loke Siew Fook dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.
Turut sama menyambut ketibaan Perdana Menteri dan isteri ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan isteri Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof serta barisan Exco kerajaan negeri.
Dr Mahathir kemudiannya melancarkan majlis rumah terbuka berkenaan yang dihadiri ribuan pengunjung yang mula membanjiri dataran tersebut seawal 6 petang tadi.
Pada majlis itu, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan khas Tahun Baharu Cina 2019 daripada Kumpulan Gendang 24 Perayaan dan Kumpulan Tarian Singa Muar yang merupakan kumpulan tarian singa terbaik
Selain itu, para pengunjung juga disajikan juadah makanan tradisi masyarakat Cina bermula pukul 6 petang.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Walkabout sempena Tahun Baharu Cina di Tuaran
Skandal rasuah Sabah : 18 ADUN dirakam keterangan, kertas siasatan siap hujung bulan ini – SPRM
Pemandu lori ditahan ubah suai tangki minyak