KUALA LUMPUR, 4 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon yang bakal mengharungi cabaran getir Piala Asia 2023 di Doha, Qatar dari 12 Jan hingga 10 Feb ini.
“Sekali lagi diucapkan selamat maju jaya, selamat berjuang kepada pasukan Harimau Malaya,” katanya.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E akan memulakan kempen dengan bertemu Jordan pada 15 Jan (1.30 pagi 16 Jan waktu Malaysia) di Stadium Al Janoub diikuti Bahrain (20 Jan) di Stadium Jassim Bin Hamad dan bertemu juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Jan.
Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik akan layak ke pusingan 16 terbaik yang tidak pernah dicapai pasukan negara dalam tiga penampilan sebelum ini.
Ini merupakan kali keempat Malaysia beraksi di Piala Asia selepas layak secara merit pada edisi 1976 di Iran dan 1980 di Kuwait serta ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007.
Sebagai aksi pemanas badan, anak buah Pan Gon yang tiba di Doha seawal 1 Jan lepas dijadual bertemu Syira pada perlawanan persahabatan antarabangsa pada 8 Jan ini.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad