KOTA KINABALU: Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) dengan kerjasama pihak SUKSIS UMS serta wakil dari JAKMAS NR, UMS telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program “Bah Jom Ronda” di sekitar kawasan Kingfisher, baru-baru ini.
Program selama sehari itu melibatkan tujuh buah rumah sewa yang diduduki oleh para pelajar NR UMS.
Menurut Pengarah PNRF, Hasmi Hashim, program tersebut bertujuan menyantuni pelajar non residen di rumah sewa sekitar zon Kingfisher dan meningkatkan lagi kepentingan dan kesedaran berkaitan keselamatan di kalangan pelajar NR UMS.
“Program ini merupakan yang julung-kalinya yang dilaksanakan oleh PNRF,” ujar beliau.
Hasmi Hashim turut berterima kasih kepada ASP Selvester Sopitang mewakili pihak SUKSIS dan PDRM dan tidak dilupakan juga pihak JAKMAS NR yang telah bersama-sama dalam menjayakan program ini
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Madya Dr. Raman Noordin berharap agar program seperti itu akan diteruskan pada masa akan datang.
Pada program itu turut diadakan serahan bakul makanan kering untuk diberikan kepada semua pelajar non residen yang dilawati.
Turut hadir Naib YDP JAKMAS, Nur Fathin Abdul Razak dan beberapa kakitangan PNRF.
More Stories
FPL UMS kongsi ilmu ternakan lebah kelulut dan khasiat madu kepada PPK Sandakan
UMS terima kunjungan penanda aras EKSA dari PHKK, UMPSA
MSN 2023 Peringkat Negeri Sabah diadakan pada 24 – 26 Ogos 2023 di UMS