Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung laporan peserta Unduk Ngadau yang mendakwa dicabul salah seorang jawatankuasa penganjur pertandingan itu, baru-baru ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya akan memanggil pengadu atau mangsa dalam laporan itu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut.
Katanya, siasatan akan dijalankan secara telus dan terperinci sebelum tindakan diambil.
“Siasatan yang dilakukan tidak akan mengambil kira latar belakang sesiapa saja termasuk individu yang didakwa.
“Tidak kiralah siapa pun, undang-undang tetap akan dikuatkuasakan, sesiapapun tidak boleh melangkaui undang-undang, kita akan siasat,” katanya.
Hazani berkata, hasil siasatan nanti akan diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk tindakan selanjutnya.
Sejak semalam, satu laporan polis bertarikh 21 Mei lalu tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp berhubung laporan polis seorang peserta Unduk Ngadau yang mendakwa diraba salah seorang jawatankuasa penganjur.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad