Oleh : Faizal Rahman
LAHAD DATU : Polis di sini sedang mencari dua wanita untuk membantu siasatan berhubung kejadian kes curi di sebuah kedai di kawasan Fajar pada Khamis malam.
“Pihak kami percaya kedua-dua wanita ini dapat membantu kami dalam siasatan kes berkenaan yang dilaporkan berlaku pada lebih kurang jam 8.30 malam,” kata Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor.
Sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan mereka berdua (rujuk gambar rakaman CCTV) boleh menghubungi balai-balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Azmer di talian 089 881 255, kata Nasri lagi.
Menurut Nasri, kedua-dua wanita ini dikehendaki bagi membantu Polis Lahad Datu siasatan dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ