KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat, berjaya merampas pelbagai jenis rokok tidak bercukai bernilai RM168,060 dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Kumbabangan Paitan, Beluran, semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 6 pagi itu, pasukan operasi turut menahan seorang lelaki warga Pakistan berusia 41 tahun.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, serbuan dijalankan hasil daripada maklumat dan pemantauan Unit Risikan Marin.
“Hasil pemantauan itu mengesan pergerakan satu lelaki yang mencurigakan dipercayai sedang menjalankan urus niaga rokok.
“Pasukan operasi kemudian melakukan serbuan dan pemeriksaan, didapati lelaki terbabit mengaku bekerja sebagai pembantu kedai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas premis dan saksikan oleh suspek menemui longgokan kotak berisi rokok pelbagai jenis disyaki tidak bercukai.
“Antara jenama rokok yang dirampas iaitu Era Premium, Era Black Menthol, Tex Light, Grow, Neslite Max, A Satu Mild, A Satu Mild Menthol Gajah Baru dan Harmoni.
“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM168,060,” katanya.
Tambah beliau lagi, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.
“PPM Wilayah Empat Sabah akan terus Komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad